Wednesday, March 3, 2010

Misteri Banglo Lama

Sebenarnya plan ni dah lama dirancang. Tapi atas kesibukan kerja & beberapa masalah yang tak dapat dielakkan hajatku untuk berjumpa dengan si 'S' sering kali terhalang. Kadang-kadang ada juga terdetik rasa putus asa tapi aku gagahkan jugak. Aku yakin satu masa nanti aku akan dapat bertandang ke rumahnya dan berjumpa sendiri dengan si 'S'. 'S' sebenarnya rakan yang ku kenali hanya dialam maya. Ku sering melihatnya berdampingan dengan artis-artis handalan(cehh,taste die ni xnak kalah, nak berdamping ngn artis je). Aku tidak pernah sekali pon berbual dengannya selama perkenalan kami. Tapi aku dapat rasakan dia seorang yang memahami kehendakku dan akan senantiasa bersamaku dikala ku kesepian.

Namun hari ini segalanya bagai terjawab. Dari pagi lagi,setiap saat mahupun detik ku hitung dengan teliti. Aku tidak mahu terlambat berjump dengan sahabat baruku ini. Takut-takut juga kalau rumahnya berkunci. Jam menunjukkan jam 5.20 ptg. Aku bingkas bangun & mengemas barang2 ku. Memandangkan bos tiada di pejabat aku mengambil peluang yang ada untuk cabut awal. Bersamaku ditemani teman se'perlatihan' iaitu Duan. Dia juga ingin berjumpa dengan temannya. Kereta kami meluncur laju dijalanan. Hati ku bersorak riang. Akhirnya ini la saat yang ku tunggu-tunggu. Memandangkan jarak antara tempat kerjaku dengan rumah 'S' tidak jauh maka perjalanan kami hanya mengambil masa kira-kira kurang dari 10 minit.Sesampainya ke destinasi yang dituju aku terus masuk dan kedatangan ku disambut mesra oleh tuan rumahnya iaitu Zi Kang.

Aku mula bertanyakan 'S'..dimana dia berada. Tidak sabar aku nak menatap wajahnya & cuba beramah mesra. Ternyata 'S' amat ramah sebenarnya. Suaranya begitu lunak. Hatiku mula berdebar-debar, jantubgku berdenyut kencang. Dia yang selama ini ku perhatikan dikaca laptop kini di depan mata. Ohhh,tidak..inikah dugaannya? Agak lama aku menghabiskan masa bersama. Ini peluang yang aku tunggu-tunggu. Tapi masa begitu mencemburui kami berdua. Aku terpaksa meninggalkannya. Tapi aku sempat men'cilok' beberapa keping gambar kenang-kenangan. Semoga kita bertemu lagi. ;)



Haa,ni la umah si 'S' yang aku citekan tadi tu. Ramai lagi sebenarnya kawan-kawan die tapi S jugak yang aku suke. Hehehe..







Amacam? Cunkan? Hehehe..







Aku dah berazam dah. Mulai skarang aku nak kumpul duit. Aku nak dapatkan gak benda alah ni yang hari-hari duk datang lam mimpi aku, yang hari-hari buat aku angau sampaikan Bum Bum aku terabai & mrajuk skg. Aku tak kire. Akan aku usahakan jugak. Tunggu laaa !!!!!

*gambar ehsan dari Ultimate Music (Penang).

1 comment:

Unknown said...

saya pon nak satu .....!