Saturday, August 28, 2010

Nikah..

Mungkin ini antara post yang agak beremosi dalam blog aku ni.. Rasanya sebelum xda lagi post2 yang beremosi dari aku dalam blog ni. Tapi tak tau kenapa tangan aku rasa ringan nak menulis di pagi yang indah ni. Sementara nak tunggu waktu sahur tamat mungkin menulis ni salah satu cara supaya pasni x payah tido dah.

Malam tadi aku tidur awal sebab penat sangat.. Tadi siang aku kena attend Kursus Perkahwinan (haha..best ni). Dari pagi sampai la ke petang, duk dengar ceramah. Kalau sebelum ni bab2 nak kena dengar ceramah ni memang aku elergik sket, bkn apa baru 3,4 minit mari datang rasa nak tido. Tapi tadi aku dapat stay dari awal sampai habis dengan rekod bersih. Hehehe.. Betul lah kata penceramah tadi yang kursus kahwin ni adalah kursus paling best dalam dunia. Tuk hari pertama ni, macam yang penceramah2 tadi terangkan dari segi akidah,ibadah sampai la ke bab kesihatan dan yang dalam2 tu kan semuanya diterangkan secara jelas supaya semua yang hadir dapat faham dengan jelas jadi tak adala kahwin nanti bercerai berai kan..hehe. Banyak ilmu yang aku dapat tadi, walaupon aku belum nak kahwin lagi tapi bila dengar ceramah2 yang disampaikan tadi aku ada gak terbayang-bayang macam mana la aku satu hari nanti bila dah berumah tangga (tersenyum sorang2 gak la td..haha). Bila bayang kan memang nampak bahagia, tp hakikatnya lebih dari apa yang aku dapat fikirkan. Perkahwinan satu tanggungjawab yang besar bukan saja pada diri kita malah orang lain. Jadi sebelum terfikir untuk menggalas tanggungjawab yang besar ni fikir-fikir dan renung2 dulu diri kita dan pasangan. Adakah kita sudah bersedia? adakah akidah kita sudah sempurna? Adakah kita mampu memimpin keluarga? Fikir2 kan la ye sahabat2 semua.

Hari ni last day kursus. Tak sabar nak habis tapi dalam masa yang sama jugak rasa mamcam tak cukup lagi ilmu. Kalau boleh banyak lagi aku nak tau sebagai langkah nak menyiapkan diri. Ingat lagi sebelum g kursus ni aku ada tepon mak aku nak bagitau tapi sebelum tu saja nak menyakat dia then aku cakap yang aku dah nak kahwin. Perbuatan aku tu memang saja mengundang bebelan la kan. "Blaja pon tak habis dah gatal nak kahwin, nak kena kerat?"..haha. ayat seterusnya terpaksa diabaikan sebab terlampau ekstrim. Mak aku pon tau aku ni tak layak lgi nak jaga anak orang sebenarnya.hahaha.. Jangan risau ma, abang tak fikir lagi sampai ke situ. Belajar kasi habis dulu,iye dak? :)

Aku harap dalam perjalan hidup yang singkat ni aku tak terleka dan terbabas dari haluan yang sebenar. Aku rasa sekarang tiba masanya untuk aku fikir lebih matang dan tetapkan halu tuju sebenar semoga setiap satunya di redhai Allah S.W.T. Aku jugak harap dalam perjalanan menuju ke gerbang perkhwinan nanti aku ditemukan dengan seseorang yang boleh menjadi isteri dan ibu yang baik dan soleh. Moga tuhan makbulkan. Aminn.. :)

Dugaan..

Setiap kejadian ada hikmahnya..
Pandangan dari perspektif yang sebegitu memang tak dapat disangkal sama sekali kebenarannya. Dan sebab fikirkan apa yang terjadi pada aku sebelum ni, sekarang & akan datang ada hikmahnya aku tak nak cepat melatah. Jadi seorang yang berfikiran lebih waras dan positif. Aku tak kan jadikan apa yang dah berlaku ni sebagai alasan kenapa aku gagal dan jatuh. Walau usaha untuk aku bangun bagaikan nak merentas lautan api sekali pon aku akan cuba kerana aku YAKIN. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku. Aminn..

Tuesday, August 24, 2010

:)

Kadang-kadang kalau happy je selalu pon x best gak..

PadaMu ku bersujud

Gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Sunday, August 22, 2010

Misled Youth




Setelah sekian lama aku tinggalkan benda ni so now it's time for comeback..
xleh nk tinggal lah..sukan ni dah jadi antara sebahagian dari hidup aku..
dulu time skolah brabis duit aku nk beli stuff2 die..sanggup ikat perut tuk bli deck sume.. siang malam x kira. push sampai lembik.hahaha.. g travel sane sini.
byk kenangan2 yang best time tu. so skg aku malas nk fikir, aku sayang game ni n aku akan terus main sampai aku rase dah x larat lagi nk main.. Do Nothing or Die Trying !!!!!!!!

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMUA..

mari kite penuhkan bulan mulia ini dengan amal..
semoga hidup kita dirahmati Allah S.W.T
aminnnnn. :)