Saturday, January 8, 2011

YNWA for our former manager Roy Hodgson!!

Atok Roy dalam kenangan. Kami akan merindui aksi gigt kuku dan gosok muka anda. YNWA!!

Ok seperti yang kita sedia tau ataupun yang masih tak tau, tepat jam 7.20 malam waktu Malaysia tadi telah tercatatnya satu lagi sejarah dalam lembaran LFC apabila manager kesayangan atok Roy Hodgson atau lebih dikenali dengan nama samaran azROY, Roy Hotdog, Atuk, Org Tua Kutuk, RH, Roy..Hatimu Keras, dan bermacam-macam lagi nama samaran dan nama manja beliau telahpun di NYAH kan dari Melwood. Ini berikutan prestasi buruk pasukan semasa 6 bulan di dalam kendalian beliau.

Ramai yang menyalahkan beliau diatas prestasi hambar dan terburuk dalam sejarah The Kop. Kemungkinan mid table minded manager seperti beliau tidak sesuai dengan kelab se-Gah Liverpool FC. Dengan hanya 7 kemenangan di dalam saingan liga dan prestasi yo-yo serta kehancuran apabila bertandang ke tempat lawan membuatkan RH antara yang di kecam teruk. Walaupun pelbagai tomahan dan cacian dilemparkan kepadanya namun RH masih gah bertahan dan menebalkan telinganya, namun tuntuk berganjak dari jawatannya tidak sama sekali.

Namun setelah owner kelab Pakcik John Henry menyedari perlunya perubahan dilakukan nyata pemergian RH salah satu langkah yang telus bagi mengelakkan LFC terus terumbang ambing dan kita juga bakal kehilangan tempah di dalam saingan Liga Juara-Juara (Champion League) mahupun Liga Eropah (Europa League). Kita kini hanya memperolehi 25 mata dari 20 perlawan.

Kini tempat beliau diganti oleh King Kenny yang akan bertindak sebagai caretaker manager sementara kelba mencari manager baru yang betul2 sesuai bagi menggalas tugas sepagai pengurus pasukan ini. Kini King Kenny menggalas tugas yang amat mencabar iaitu membawa semula Liverpool ke puncak iaitu sekurang-kurangnya layak ke pusingan Liga Eropah. Ahad ini akan menyaksikan perlwanan pertama Liverpool dibawah kendalian Kenny Dalglsih yang akan menentang Manchester United di Old Trafford dalam saingan Piala FA.

Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada atok Roy diatas sumbangan beliau selama 6 bulan berkhidmat bersama The Reds. Harap beliau dapat mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Good luck and god speed RH. Say Hai to King Kenny. Our Beloved Legend!! YNWA!!

Kenny Dalglish a.k.a King Kenny (former Celtic & Liverpool)

No comments: