Friday, January 7, 2011

Asking Alexendria, May ini !!!

Okay mungkin 2011 ni permulaan yang bagus bagi scene muzik kat Malaysia ni. Aku akui sejak 2 tahun kebelakangan ni negara kita banyak dibanjiri artis2 luar terutama band2 muzik keras yang begitu mencipata nama diluar negara dan sekali gus kita disini menerima tempiasnya. (dan aku tak maksudkan artis2 seperti usher,my chemical romance,mariah carey, akon etc yang pernah membuat persembahan di Malaysia). Yang aku maksud kan seperti band2 berpengaruh seperti comeback kid,nofx,first blood,siksa kubur,parkway drive,misery signal,russian circle, mono dan banyak lagi yang datang ke Malaysia bagi membuat persembahan dengan membawakan pelbagai variasi dari segi genre masing.

Untuk tahun 2011 ini kita mulanya digemparkan dengan kedatangan Carnifex,band Deathcore dari US, tak lama selepas itu kita digembar gemburkan pula dengan kedatangan Miss May I, Deftones, Secohand Serenade dan ini yang terbaru Asking Alexendria yang aku rasa menjadi fenomena bagi segelintir pendengar2 baru muzik keras bergelar metalcore ini. Berbekal kan muka yang jambu suci dan murni, rambut yang disikat ke tepi sehingga menutup sebelah mata, suar ketat dan baju V neck cukup membuatkan mereka digilai bukan saja bagi budak-budak perempuan malah budak2 lelaki juga turut menggilai mereka. Dari segi muzik pula boleh la dikatakan seperti tipikal metolcore yang lain cuma AA ditambah dengan dos electric sedikit menjadikan muziknya lain sedikit dari band2 yang sedia ada. Mungkin mat-mat or minah-minah clubbing juga akan tertarik bila mendengar lagu2 yang didendangkan oleh AA ini. ;)

Okay pada yang minat pada band ni boleh la nantikan update dari pihak organizer. Gig ini akan berlangsung kat One Cafe, Jalan TAR, KL pada bulan May nanti. Honestly aku tak berapa minat dengan band ni tapi kalau ada yang nak bagi tiket free InsyaAllah la aku pi. Haha..

p/s: masih mengharapkan ABR & Whitechapel datang men kat Malaysia. -_-"

No comments: