Tuesday, September 7, 2010

Kehilanganmu ditangisi..

Ramadhan..sunggu ketibaanmu kali ini memberi impak kepada diriku..
Syukur ku panjatkan kerana kau pertemukan aku lagi dengan bulan mulia Mu ini.
Kali ni aku bagaikan terasa ketibaannya. Sungguh tenang hati ni tatkala di bulan mulia Mu Ya Allah. Terasa ringan kaki ini melangkah ke rumahMu. Penat lelahku seharian tidak menjadi penghalang bagiku menyempurnakan ibadah kepada Mu. Sungguh bahagia ku rasa. Moga rasa ini berkekalan hingga ke akhirnya.

Sesungguhnya diri ini hanyut tanpa pautan. Moga Kau berkati hidupku Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang taat. Kini Ramadhan hampir meninggalkan ku. Bagai terasa kehilangannya. Aku bermohon agar dipertemukan kembali aku dengannya.

1 comment:

Anonymous said...

tumpang bersedih skali.aku x leh emo2 ni.aku pn nak emo skali