Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 - Harimau Malaya Lantang Mengaum di Bumi Indonesia!!


Bermula dengan kekalahan 1-5 ditangan Sang Garuda pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Pasukan kesayangan kita semua bangkit dan makin menunjukkan kematangan dalam setiap perlawanan yg dihadapi. Mengikat Si Gajah Putih 0-0 menunjuk kan sinar bg skuad negara tuk terus maju dan pada perlawanan ke-3 kita membenam Laos 5-1 yang menyaksikan Harimau kini mengaum garang untuk ke semi final bertemu Vietnam,juara Piala Suzuki AFF tahun 2008. Perlawan pusingan pertama yang berlangsung di stadium keramat Bukit Jalil menyaksikan kita sekali lagi menang ke atas Vietnam dengan 2 gol jaringan peledak berbisa negara Safee Sali & apabila kita berkunjung ke Hanoi bg pusingan ke-2 kita berjaya mempertahankan agregat 2-0 sehingga ke tiupan penamat.

Seluruh negara gembira dengan kejayaan Skuad Harimau negara yg melangkah ke pusingan final bg bertemu Indonesia yg pernak menewaskan kita pd perlawanan pertama. Kini masanya kita menebus maruah sukan bola sepak negara yg dulu dijulang tinggi disaat era kegemilangan negara. Di barisi pemain-pemain muda yg rata2 nya berumur 23 kebawah skuad pimpinan King Raja ataupun K.Rajagopal menidakkan peluang Indonesia untuk menjulang piala ini buat kali pertama. Bersaksikan 75,000 penyokong negara dan 15,000 penyokong Indonesia, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi kebangkitan Harimau Malaya apabila kita membenam Indonesia 3-0 hasil jaringan cantik 2 gol dari Safee Sali dan 1 gol dari pemain tengah negara Ashaari.

Tamat pusingan pertama ini Malaysia di 'ganyang' oleh penyokong2 fanatik Indonesia dari segenap sudut. Bagaikan tidak dapat menerima kekalahan tim nas kesayangan mereka yg longlai tersungkur di bumi Malaysia ini kita dihembur dengan kata2 kesat dari meraka. Namun pada pusingan ke-2 perlawan akhir yg berlangsung di stadium keramat meraka iaitu di Gelora Bung Karno, skuad kesayangan negara berjaya melakar sejarah ulung. Turun dengan jersi 'tuah' negara iaitu jersi biru dipadankan denga seluar hitam skuad negara yg dipimpin Safiq Rahim terus berjuang. Walaupun tewas dengan jaringan 2-1 namun ia tidak dapat mampu menyekat Malaysia dari menjulang Piala Suzuki AFF 2010 yang sah menjadi milik Malaysia dengan agregat 4-2. Gol tunggal negara dijaringkan oleh penyerang berbisa negara Safee Sali melalui rembtan derasnya mengalahkan Markus/Ipin penjaga gawang Indonesia. Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaaan ini dan kami mendoakan skuad negara akan terus maju kehadapan. Mana tau kita mampu ke pusingan kelayakan Piala Dunia. Kita Boleh,Malaysia Boleh!!! Optimis.. Walk On!! :)

TAHNIAH KAMI UCAPKAN. TERUSKAN PERJUANGAN MU!! MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

PELEDAK BERBISA DI ASIA TENGGARA. SAFEE SALI, MALAYSIA NO.10 !!!


Teruskan sokongan padu kita kepada skuad Kebangsaan Negara. Malaysia is always in my heart. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!!!

1 comment:

Apiq said...

tahniah skuad Harimau Malaya ats kejayaan ni.Mereka berjaya menaikkan martabat sukan bola sepak negara. Thanks sbb sudi share info tu bro. :)