Thursday, March 11, 2010

Push The Pressure

Dah tiga hari berturut-turut aku try buat online application tuk Deg nanti tapi sampai sekarang tak boleh-boleh lagi. Aku dalam dilema........

Tuesday, March 9, 2010

MEMORY

Aku rasa happy sangat sebab dapat kontek balik dengan membe2 lama yang lama terpisah dulu. Sekarang masing2 dah banyak berubah. Yang perempuan makin hensem & yang laki makin jelita. Masing2 study kat tempat yang gempak2 & ada yang fly. Hmm,aku jela yang macam ni,biasa2 je. I wish I could turn back time. I really miss the moment that we had together on the pass. Gelak tawa, tangis hiba kita sama2 dulu macam baru semalam je benda2 ni berlaku. Aku mungkin dah buat silap dulu & sekarang aku sedar. Ini masanya kita melangkah ke depan. NO TURNING BACK !!! Really miss you guys. In memory of MRSM Muadzam Shah batch 2002..

Monday, March 8, 2010

Kau Datang & Pergi




Mood dalam office ni semakin hari semakin suram. Staff kat sini datang dan pergi, bersilih ganti dari hari ke hari. Walaupon usia aku kat sini baru 3 bulan tapi aku dah tengok 3 orang staff dah resign. Setiap kali staff baru masuk orang paling happy dalam office ni mestilah aku dengan Duan sebab sebelum ni kitorang la yang duk buat seribu satu macam kerja dalam pejabat ni dari uruskan project company sampailah cuci tandas dengan buang sampah. Bila kaum-kaum wanita ni masuk makanya ringan sikit la kerja kitorang. Boleh la fokus pada satu-satu kerja. Bila la sumpahan ni nak berakhir. Penat dah aku duk tengok orang keluar masuk setiap minggu. Bagi la kitorang senang sket. Huhuu.. ~_~"

Sunday, March 7, 2010

Kisah si ikan keli

Petang Sabtu baru ni masing-masing duk kalut nak cari aktiviti tuk dilakukan. Bosan la katanya. Last-last ktorg plan gi mancing kat tali air belakang JPJ Kulim. Aku dengan tengah kusut sebab kete buat hal, tak pasal-pasal melayang 2 ratus petang tu. Tension gak. Mana taknya..awal bulan gi ni. Camna aku nak survive sampai hujung bulan ni pun tak tau.hehehe.. So aku pon ambik keputusan tuk join Gemuk,Pian ngan Duan tuk pergi memancing. Sampai kat sane ktorg start setting pape yang perlu. Duk tunggu sampai sejam tapi satu umpan pun tak mengena. Aku yang tak berapa nak penyabar ni dalam hati dah maki-maki dah. Hehehe..memang tak blh nak jadi pemancing aku ni. Lastly kitorang tukar port. Pegi kat hujung lagi. Maybe kat situ rezeki kitorg. Hopefully..

Memang betol pon jangkaan aku. Tak sampai 15 minit kitorang lepak akhirnya umpan cacing kerawit kitorang mengena. Hahaha... bukan main suka semua orang. Tapi sebulum tu puas jgk la kitorang duk sentap joran. Ganas ikan ni, angkat-angkat sekali dapat Keli daaa.. Besar kot, memang jadi santapan kitorang la kan malam nanti. Nyum..nyum..sedap ni. Pastu ktorg start umpan baru tapi malangnya tak da yang mengena dah. Maybe ikan-ikan yang len dah bagi warning kot, yela tengok membe kena sentap nek atas sapa tak gerun. Hehehe.. Azan Maghrib pon dah berkumandang jadi kitorang semua packing2 tuk balik. Alhamdulillah la ada jugak rezeki kitorang arini. Dapat merasa makan ikan keli malam nanti. ;)











Antara aksi-aksi pemacing berjaya.. nak tengok pe jadi ngan keli tu??





Sodapkan.. Ni la gambar terakhir si ikan keli sebelum ia digulaikan.. :D

Wednesday, March 3, 2010

Misteri Banglo Lama

Sebenarnya plan ni dah lama dirancang. Tapi atas kesibukan kerja & beberapa masalah yang tak dapat dielakkan hajatku untuk berjumpa dengan si 'S' sering kali terhalang. Kadang-kadang ada juga terdetik rasa putus asa tapi aku gagahkan jugak. Aku yakin satu masa nanti aku akan dapat bertandang ke rumahnya dan berjumpa sendiri dengan si 'S'. 'S' sebenarnya rakan yang ku kenali hanya dialam maya. Ku sering melihatnya berdampingan dengan artis-artis handalan(cehh,taste die ni xnak kalah, nak berdamping ngn artis je). Aku tidak pernah sekali pon berbual dengannya selama perkenalan kami. Tapi aku dapat rasakan dia seorang yang memahami kehendakku dan akan senantiasa bersamaku dikala ku kesepian.

Namun hari ini segalanya bagai terjawab. Dari pagi lagi,setiap saat mahupun detik ku hitung dengan teliti. Aku tidak mahu terlambat berjump dengan sahabat baruku ini. Takut-takut juga kalau rumahnya berkunci. Jam menunjukkan jam 5.20 ptg. Aku bingkas bangun & mengemas barang2 ku. Memandangkan bos tiada di pejabat aku mengambil peluang yang ada untuk cabut awal. Bersamaku ditemani teman se'perlatihan' iaitu Duan. Dia juga ingin berjumpa dengan temannya. Kereta kami meluncur laju dijalanan. Hati ku bersorak riang. Akhirnya ini la saat yang ku tunggu-tunggu. Memandangkan jarak antara tempat kerjaku dengan rumah 'S' tidak jauh maka perjalanan kami hanya mengambil masa kira-kira kurang dari 10 minit.Sesampainya ke destinasi yang dituju aku terus masuk dan kedatangan ku disambut mesra oleh tuan rumahnya iaitu Zi Kang.

Aku mula bertanyakan 'S'..dimana dia berada. Tidak sabar aku nak menatap wajahnya & cuba beramah mesra. Ternyata 'S' amat ramah sebenarnya. Suaranya begitu lunak. Hatiku mula berdebar-debar, jantubgku berdenyut kencang. Dia yang selama ini ku perhatikan dikaca laptop kini di depan mata. Ohhh,tidak..inikah dugaannya? Agak lama aku menghabiskan masa bersama. Ini peluang yang aku tunggu-tunggu. Tapi masa begitu mencemburui kami berdua. Aku terpaksa meninggalkannya. Tapi aku sempat men'cilok' beberapa keping gambar kenang-kenangan. Semoga kita bertemu lagi. ;)



Haa,ni la umah si 'S' yang aku citekan tadi tu. Ramai lagi sebenarnya kawan-kawan die tapi S jugak yang aku suke. Hehehe..







Amacam? Cunkan? Hehehe..







Aku dah berazam dah. Mulai skarang aku nak kumpul duit. Aku nak dapatkan gak benda alah ni yang hari-hari duk datang lam mimpi aku, yang hari-hari buat aku angau sampaikan Bum Bum aku terabai & mrajuk skg. Aku tak kire. Akan aku usahakan jugak. Tunggu laaa !!!!!

*gambar ehsan dari Ultimate Music (Penang).

Tuesday, March 2, 2010

Cinta Aku & Dia

Pagi tadi tepat jam 8.00 pagi aku dikejutkan dengan deringan dari telefon bimbitku. Aku yang tengah bersiap-siap untuk ke tempat kerja agak tersentak dengan panggilan tersebut. Tapi aku belagak relex macam tak ada apa yang berlaku. Rupa-rupanya panggilan dari ibuku yang tercinta. Hurm,sapaan ku disambut dengan kabar baik dari ibuku yang nun jauh disana. Kami bersembang ringkas, namun perbualan ku terenti apabila ibuku menanyakan soal tarikh perkahwinan antara aku dan 'si dia'. Aku hanya mampu terkedu & membisu. Pertanyaan ibuku hanya disahut oleh deruan angin kipas cap Yawaha didalam bilik ku dan diselang-selikan dengan jeritan anak-anak jiranku yang tidak sabar untuk ke sekolah. Aku hanya mampu ketawa kecil bak anak dara yang dilamar putera raja. Sebenarnya,aku memang dah lama berharap agar si dia menjadi milikku sejak pertemuan pertama kami. Paras rupanya yang menawan, kerdipan matanya yang berkilau & bentuk badannya yang memikat memang mengujakan sesiapa saja yang melihat. Kami punya citarasa yang sama dan aku begitu selasa bersamanya. Pernah gambarnya ku tunjukkan kepada kedua orang tua ku. Pada mulanya mereka agak berkeras membantah namun mungkin lama kelamaan mereka dapat memahami isi hatiku ini. Pernah jugak kedua orang tuaku cuba menjodohkan aku dengan yang lain namun aku menolak sekeras-kerasnya.

"Ma,ni bkn taste abg ni. Xmo la,dah la itam gemuk plak tu.Abg nak die jgak ma.Plzzz..plzz... ;)"
(tak de motif pon nak hina sesiapa ye.hehe!!)


Mungkin mereka nampak kesungguhan & ketulusan cintaku pada si dia yang akhirnya membuatkan mereka akhirnya merestui hubungan kami. Alhamdulillah, tak sabar aku nak menantikan hari yang bahagia tu tak lama lagi. Jauh dilubuk hatiku sebelum ini, aku begitu cemburu melihat mereka-mereka yang telah mempunyai kekasih hati. Kemana saja mereka tentu bersama, mengabadikan saat-saat indah bersama, bergurau senda bersama..Arghhh!!! alangkah indahnya. Aku hanya mampu melihat sambil hatiku menyumpah nyumpah mereka dengan kata caci & maki. (Hahaha..jahat gak aku ni...)

Mungkinkah penderitaanku ini akan berakhir & mungkinkah hari bahagia yang ku nantikan itu akan menjelang? Sama-sama kita nantikan... Kepada kawan-kawan, nanti aku kenalkan buah ati aku ni pada korg semua !!! To be continue....

Wednesday, February 24, 2010

Kelauuttttt kittteeeee !!!!





TERENGGANU HERE I COME !!!! Aku rase tak terlambat lagi tuk aku nak kongsi sama2 journey aku ke Terengganu Darul Iman. Kelaut weh !!!! Hmm, dah lame tak jejak negeri yg terkenal dengan ikon penyu ni. Last aku pegi sana time darjah 5 kot. Tu pon ikut rombongan sekolah.hahaha. Perjalanan selama lebih kurang 7 jam dari Kulim ke Kuala Terengganu tak mematahkan smangat aku dan kawan-kawan yang lain tuk sampai ke sana. Naik bas dalam pukul 11 malam kat Kulim. Masing-masing muka excited nak sampai tapi bagi Fahim & Deris benda tu dah biasa kot bagi dorang sebab dorg orang Terengganu, tak ada apa pon yang mengujakan pon. :)

Seminggu sebelum pegi lagi macam2 plan dah direncanakan. Nak buat itu la, ini la. Memang seronok. Time mula2 memang ramai yang nak join tapi last2 tinggal 12 orang je. Tuk Radzi,Daus n the geng kite jumpe May nnt k.hehe...
Sampai je kat KT kitorg pon berpecah sbb sparuh ke rumah Deris & sparuh lagi ke rumah Fahim kt Losong. Rumah deris syok kot. Makan best, suasana nyaman senang kata Tip Top r. I like your house buddy. ;)









Namenye pon "Bandar Persisir Pantai" jadi kitorg ni pon mula la selak nak pegi pantai je. Macam2 posing dah kitorg buat kat tepi pantai Batu Buruk nu, yang ala2 model pakaian dalam pon ade.hehehe..





Time kat gig plak tak banyak yang aku nak citer just nak bagitau yang crowd Terengganu memang awesome. Band-band yang perform memang terbaik. Semua buat crowd jadi tak tentu hala. Kredit untuk DEG,SOG,AIB,Givenpath (you better check this guy out!!!) & ramai lagi. Dorg memang buat gig hari tu happening. Aku plak memang enjoy giler men kat sane. Gambar2 tak bpe banyak ktorg amek. So ape yang ade jela tuk tatapan ye. Thanks gak untuk Eem,Naxa n the geng sebab sudi invite ktorg men kat sana. InsyaALLAH bulan Mei nanti KK menyerang semula. Nantikan jela sama2 ye. Pada kawan2 yang setia memberi sokongan terima kasih aku ucapkan. Jasa & sokongan korang akan aku ingat sampai bila2. May God Bless You !!!









Time ni last moment kitorang kat K.Terengganu sebelum nek bus.. Klo x silap aku bus kul 10:30pm. Aku xde dalam gambar. Time ni aku pegi tandas. Damn!!!hahaha... Alhamdulillah kitorang selamat sampai ke Kulim pkul 3.59 am. Terima Kasih pak cik driver atas pemanduan secara merbahaya,melulu & anda terselamat kerana kami tidak terbunuh. Jumpa lagu Penyu!!!