Sunday, March 7, 2010

Kisah si ikan keli

Petang Sabtu baru ni masing-masing duk kalut nak cari aktiviti tuk dilakukan. Bosan la katanya. Last-last ktorg plan gi mancing kat tali air belakang JPJ Kulim. Aku dengan tengah kusut sebab kete buat hal, tak pasal-pasal melayang 2 ratus petang tu. Tension gak. Mana taknya..awal bulan gi ni. Camna aku nak survive sampai hujung bulan ni pun tak tau.hehehe.. So aku pon ambik keputusan tuk join Gemuk,Pian ngan Duan tuk pergi memancing. Sampai kat sane ktorg start setting pape yang perlu. Duk tunggu sampai sejam tapi satu umpan pun tak mengena. Aku yang tak berapa nak penyabar ni dalam hati dah maki-maki dah. Hehehe..memang tak blh nak jadi pemancing aku ni. Lastly kitorang tukar port. Pegi kat hujung lagi. Maybe kat situ rezeki kitorg. Hopefully..

Memang betol pon jangkaan aku. Tak sampai 15 minit kitorang lepak akhirnya umpan cacing kerawit kitorang mengena. Hahaha... bukan main suka semua orang. Tapi sebulum tu puas jgk la kitorang duk sentap joran. Ganas ikan ni, angkat-angkat sekali dapat Keli daaa.. Besar kot, memang jadi santapan kitorang la kan malam nanti. Nyum..nyum..sedap ni. Pastu ktorg start umpan baru tapi malangnya tak da yang mengena dah. Maybe ikan-ikan yang len dah bagi warning kot, yela tengok membe kena sentap nek atas sapa tak gerun. Hehehe.. Azan Maghrib pon dah berkumandang jadi kitorang semua packing2 tuk balik. Alhamdulillah la ada jugak rezeki kitorang arini. Dapat merasa makan ikan keli malam nanti. ;)











Antara aksi-aksi pemacing berjaya.. nak tengok pe jadi ngan keli tu??





Sodapkan.. Ni la gambar terakhir si ikan keli sebelum ia digulaikan.. :D

No comments: