Friday, January 7, 2011

Asking Alexendria, May ini !!!

Okay mungkin 2011 ni permulaan yang bagus bagi scene muzik kat Malaysia ni. Aku akui sejak 2 tahun kebelakangan ni negara kita banyak dibanjiri artis2 luar terutama band2 muzik keras yang begitu mencipata nama diluar negara dan sekali gus kita disini menerima tempiasnya. (dan aku tak maksudkan artis2 seperti usher,my chemical romance,mariah carey, akon etc yang pernah membuat persembahan di Malaysia). Yang aku maksud kan seperti band2 berpengaruh seperti comeback kid,nofx,first blood,siksa kubur,parkway drive,misery signal,russian circle, mono dan banyak lagi yang datang ke Malaysia bagi membuat persembahan dengan membawakan pelbagai variasi dari segi genre masing.

Untuk tahun 2011 ini kita mulanya digemparkan dengan kedatangan Carnifex,band Deathcore dari US, tak lama selepas itu kita digembar gemburkan pula dengan kedatangan Miss May I, Deftones, Secohand Serenade dan ini yang terbaru Asking Alexendria yang aku rasa menjadi fenomena bagi segelintir pendengar2 baru muzik keras bergelar metalcore ini. Berbekal kan muka yang jambu suci dan murni, rambut yang disikat ke tepi sehingga menutup sebelah mata, suar ketat dan baju V neck cukup membuatkan mereka digilai bukan saja bagi budak-budak perempuan malah budak2 lelaki juga turut menggilai mereka. Dari segi muzik pula boleh la dikatakan seperti tipikal metolcore yang lain cuma AA ditambah dengan dos electric sedikit menjadikan muziknya lain sedikit dari band2 yang sedia ada. Mungkin mat-mat or minah-minah clubbing juga akan tertarik bila mendengar lagu2 yang didendangkan oleh AA ini. ;)

Okay pada yang minat pada band ni boleh la nantikan update dari pihak organizer. Gig ini akan berlangsung kat One Cafe, Jalan TAR, KL pada bulan May nanti. Honestly aku tak berapa minat dengan band ni tapi kalau ada yang nak bagi tiket free InsyaAllah la aku pi. Haha..

p/s: masih mengharapkan ABR & Whitechapel datang men kat Malaysia. -_-"

Thursday, January 6, 2011

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


Aku sekarang dalam usaha nak menambah koleksi kit2 skuad kebangsaan kita. Jadi pada siapa2 yang nk lego jersi2 dibawah sila inform kan pada saya ye. Kalau dapat yang tahun 80-an ke 90-an punya kit lagi bagus. Boleh aku hadiahkan kat ayah aku. ;)


Kit Home pasukan kebangsaan 2007/2008. (Hairuddin Omae a.k.a Hai-O)

Kit Home pasukan kebangsaan 2008/2009. Tertera pada gambar Muhamad Muslim Ahmad defender merangkap kapten Harimau Muda A.


Ni plak kit Away skuad kebangsaa kita tahun 2008/2009. (Yg ni aku dah ade..hehe)

-TANAH TUMPAHNYA DARAHKU-

Tuesday, January 4, 2011

Sunday, January 2, 2011

Farah Nadirah Rosman



Walaupun kita dah pilih jalan yang berbeza sekarang tapi kita tetap dalam landasan yang sama. Dah 5 tahun kita berjalan bersama tempuh macam2 dugaan tapi mungkin tuhan dah tentukan ini bukan jalan kita. Mungkin jugak Dia punya perancangan lain untuk kita. Saya doakan biarlah ia yang terbaik tuk awak & tuk saya. Biar jauh mana pun kita saya tetap akan ada untuk awak. Kita kawan sampai mati. And always remember that You'll Never Walk Alone!!! *senyum :)

ABR to South East Asia Tour?

Damn.is this for real? They'll coming to South East Asia? And if it so I'll be the one who feel so happy bout this news. Perhaps this is not just a dream anymore. Mode: Mariana Trench. ;)

Lepas yang tu,yang ini pulak datang..

Laptop aku duk asik buat hal la pulak semenjak dua menjak ni. Hari tu baru format sekarang skrin plak meragam tak nak kua gambar. Merajuk ke apa ke aku tak tau la. Dah anta p klinik tapi kena tahan wad. InsyaAllah Jumaat ni siap. Banyak kerja aku tak leh jalan bila kau tak dak wahai Asus. Cepat2 la sihat. Khidmat kau amat aku perlukan. Pasni kalau kau meragam lagi memang aku carik lain, aku tak kira. Aku tau kita dah lama bersama dan banyak jasa kau pada aku tapi tak tahan jugak aku duk asik kena tanggung bil perubatan kau. Come on la,fit balik cam dulu..!!! :)

Dua Kosong Satu Satu

Selamat datang 2011. Pertamanya syukur pada Allah S.W.T sebab sampai skrg aku diberi keizinan tuk masih lagi bernafas. Aku tinggal kan 2010 dengan pelbagai cerita suka dan duka. Macam perkara yg jadi kat aku sepanjang tahun lepas. Ada sukanya, & ada jugak dukanya. Aku anggap ni lumrah kehidupan yang mungkin satu masa nanti boleh aku jadikan pengajaran yg berguna dan mematangkan aku dalam membuat pilihan. Kini aku melangkah ke tahun baru 2011. Berbeza macam kebanyakan orang yg suka ber'azam' tuk tahun baru,aku rasa tak perlu tuk aku perbaharui azam aku yg pasti tak kan penah terlaksana. Jadi aku cuma jalani kehidupan macam biasa cuma aku punya beberapa target yg aku rasa aku nk capai tahun ni. InsyaAllah aku doa2 target2 aku ni tercapai. Amin.. Akhir kata pada kawan2 yg baca entry ni aku ucapkan Selamat Menjejakkan kaki ke Tahun 2011. Sama2 la kita tingkatkan yg mana kurang & berhijrah demi kebaikan. :)