Wednesday, September 29, 2010

Number Thirty Never Forget..



It suppose to means everything to me but now it just a number and it means nothing..

~WALK ON~

Tuesday, September 28, 2010

YNWA FOREVER..!!!



Let this be first for an update. Hehehe.. Finally I got this awesome Liverpool Third Jersey as they change the sponsorship from Carsl to Standard Chartered.. (Carsl be a sponsor for LFC about 18 years..demm) They used this kit for Europa League (The Reds still show their consistent performance on the league..yeahh!!!) It suits me, look very nice huh..hehe. Looking forward to grab their Home and Away jersey. Still spend some money for it. I am proud to wear it. It's not jus a badge but it's a family crest..

"You'll Never Walk Alone".. FOREVER !!! ;))

Monday, September 27, 2010

Mukadimah..

Dah lama tak update blog ni.
rasa dah bersawang dah kot. macam2 sebenarnya yang aku nk update tp tak berkesempatan memandangkan kerja byk plus tenet terlampau laju sgt smpai nk sign in pon b'jam.hehe..
pada kawan2 semua blog ni akan aku update dari masa ke semasa.hehe.
stay tune!!!

Tuesday, September 7, 2010

Kehilanganmu ditangisi..

Ramadhan..sunggu ketibaanmu kali ini memberi impak kepada diriku..
Syukur ku panjatkan kerana kau pertemukan aku lagi dengan bulan mulia Mu ini.
Kali ni aku bagaikan terasa ketibaannya. Sungguh tenang hati ni tatkala di bulan mulia Mu Ya Allah. Terasa ringan kaki ini melangkah ke rumahMu. Penat lelahku seharian tidak menjadi penghalang bagiku menyempurnakan ibadah kepada Mu. Sungguh bahagia ku rasa. Moga rasa ini berkekalan hingga ke akhirnya.

Sesungguhnya diri ini hanyut tanpa pautan. Moga Kau berkati hidupku Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang taat. Kini Ramadhan hampir meninggalkan ku. Bagai terasa kehilangannya. Aku bermohon agar dipertemukan kembali aku dengannya.

Sunday, September 5, 2010

Balik kampung!!!

Semalam selamat gak aku sampai ke kampung halaman tercinta. Mula rasa nak balik lewat sbb dak2 umah ade yg x blik lagi tapi atas sebab2 yang x dapat dielakkan aku kuat kan ati gk nak bangun pagi and drive balik Pahang. Tapi xpa semua berbaloi. Lagipon Alhamdulillah la sbb kat highway kete pon x byk, perjalanan lancar je. Aku pon leh bawak kete ngn aman. Hehehe.. Sampai rumah rasa relek sket sbb seminggu sebelum cuti ni aku bergelut ngn test,quiz n assigment yang maha banyak. Raya pon x boleh nak sakan sangat sebab masuk2 je kelas nant 4 test tengah menanti.. Semua killer2 subjek lak tu. Fluid Mechanics, Strength of Materials, Thermodynamics and Eng. Math..wargghhh!!! mau aku reboot blik otak aku ni. Dah la sekarang asik bermasalah je. Banyak benda nak fikir. Tp takpe la sekarang cuti kan so tinggal sume tu jauh2 dlu. Pas raya kita fikir lain..
;))

Saturday, August 28, 2010

Nikah..

Mungkin ini antara post yang agak beremosi dalam blog aku ni.. Rasanya sebelum xda lagi post2 yang beremosi dari aku dalam blog ni. Tapi tak tau kenapa tangan aku rasa ringan nak menulis di pagi yang indah ni. Sementara nak tunggu waktu sahur tamat mungkin menulis ni salah satu cara supaya pasni x payah tido dah.

Malam tadi aku tidur awal sebab penat sangat.. Tadi siang aku kena attend Kursus Perkahwinan (haha..best ni). Dari pagi sampai la ke petang, duk dengar ceramah. Kalau sebelum ni bab2 nak kena dengar ceramah ni memang aku elergik sket, bkn apa baru 3,4 minit mari datang rasa nak tido. Tapi tadi aku dapat stay dari awal sampai habis dengan rekod bersih. Hehehe.. Betul lah kata penceramah tadi yang kursus kahwin ni adalah kursus paling best dalam dunia. Tuk hari pertama ni, macam yang penceramah2 tadi terangkan dari segi akidah,ibadah sampai la ke bab kesihatan dan yang dalam2 tu kan semuanya diterangkan secara jelas supaya semua yang hadir dapat faham dengan jelas jadi tak adala kahwin nanti bercerai berai kan..hehe. Banyak ilmu yang aku dapat tadi, walaupon aku belum nak kahwin lagi tapi bila dengar ceramah2 yang disampaikan tadi aku ada gak terbayang-bayang macam mana la aku satu hari nanti bila dah berumah tangga (tersenyum sorang2 gak la td..haha). Bila bayang kan memang nampak bahagia, tp hakikatnya lebih dari apa yang aku dapat fikirkan. Perkahwinan satu tanggungjawab yang besar bukan saja pada diri kita malah orang lain. Jadi sebelum terfikir untuk menggalas tanggungjawab yang besar ni fikir-fikir dan renung2 dulu diri kita dan pasangan. Adakah kita sudah bersedia? adakah akidah kita sudah sempurna? Adakah kita mampu memimpin keluarga? Fikir2 kan la ye sahabat2 semua.

Hari ni last day kursus. Tak sabar nak habis tapi dalam masa yang sama jugak rasa mamcam tak cukup lagi ilmu. Kalau boleh banyak lagi aku nak tau sebagai langkah nak menyiapkan diri. Ingat lagi sebelum g kursus ni aku ada tepon mak aku nak bagitau tapi sebelum tu saja nak menyakat dia then aku cakap yang aku dah nak kahwin. Perbuatan aku tu memang saja mengundang bebelan la kan. "Blaja pon tak habis dah gatal nak kahwin, nak kena kerat?"..haha. ayat seterusnya terpaksa diabaikan sebab terlampau ekstrim. Mak aku pon tau aku ni tak layak lgi nak jaga anak orang sebenarnya.hahaha.. Jangan risau ma, abang tak fikir lagi sampai ke situ. Belajar kasi habis dulu,iye dak? :)

Aku harap dalam perjalan hidup yang singkat ni aku tak terleka dan terbabas dari haluan yang sebenar. Aku rasa sekarang tiba masanya untuk aku fikir lebih matang dan tetapkan halu tuju sebenar semoga setiap satunya di redhai Allah S.W.T. Aku jugak harap dalam perjalanan menuju ke gerbang perkhwinan nanti aku ditemukan dengan seseorang yang boleh menjadi isteri dan ibu yang baik dan soleh. Moga tuhan makbulkan. Aminn.. :)

Dugaan..

Setiap kejadian ada hikmahnya..
Pandangan dari perspektif yang sebegitu memang tak dapat disangkal sama sekali kebenarannya. Dan sebab fikirkan apa yang terjadi pada aku sebelum ni, sekarang & akan datang ada hikmahnya aku tak nak cepat melatah. Jadi seorang yang berfikiran lebih waras dan positif. Aku tak kan jadikan apa yang dah berlaku ni sebagai alasan kenapa aku gagal dan jatuh. Walau usaha untuk aku bangun bagaikan nak merentas lautan api sekali pon aku akan cuba kerana aku YAKIN. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku. Aminn..