Monday, January 10, 2011
Carnifex Live In Kuala Lumpur (pre-sale tix)
Saturday, January 8, 2011
YNWA for our former manager Roy Hodgson!!

Atok Roy dalam kenangan. Kami akan merindui aksi gigt kuku dan gosok muka anda. YNWA!!
Ok seperti yang kita sedia tau ataupun yang masih tak tau, tepat jam 7.20 malam waktu Malaysia tadi telah tercatatnya satu lagi sejarah dalam lembaran LFC apabila manager kesayangan atok Roy Hodgson atau lebih dikenali dengan nama samaran azROY, Roy Hotdog, Atuk, Org Tua Kutuk, RH, Roy..Hatimu Keras, dan bermacam-macam lagi nama samaran dan nama manja beliau telahpun di NYAH kan dari Melwood. Ini berikutan prestasi buruk pasukan semasa 6 bulan di dalam kendalian beliau.
Ramai yang menyalahkan beliau diatas prestasi hambar dan terburuk dalam sejarah The Kop. Kemungkinan mid table minded manager seperti beliau tidak sesuai dengan kelab se-Gah Liverpool FC. Dengan hanya 7 kemenangan di dalam saingan liga dan prestasi yo-yo serta kehancuran apabila bertandang ke tempat lawan membuatkan RH antara yang di kecam teruk. Walaupun pelbagai tomahan dan cacian dilemparkan kepadanya namun RH masih gah bertahan dan menebalkan telinganya, namun tuntuk berganjak dari jawatannya tidak sama sekali.
Namun setelah owner kelab Pakcik John Henry menyedari perlunya perubahan dilakukan nyata pemergian RH salah satu langkah yang telus bagi mengelakkan LFC terus terumbang ambing dan kita juga bakal kehilangan tempah di dalam saingan Liga Juara-Juara (Champion League) mahupun Liga Eropah (Europa League). Kita kini hanya memperolehi 25 mata dari 20 perlawan.
Kini tempat beliau diganti oleh King Kenny yang akan bertindak sebagai caretaker manager sementara kelba mencari manager baru yang betul2 sesuai bagi menggalas tugas sepagai pengurus pasukan ini. Kini King Kenny menggalas tugas yang amat mencabar iaitu membawa semula Liverpool ke puncak iaitu sekurang-kurangnya layak ke pusingan Liga Eropah. Ahad ini akan menyaksikan perlwanan pertama Liverpool dibawah kendalian Kenny Dalglsih yang akan menentang Manchester United di Old Trafford dalam saingan Piala FA.
Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada atok Roy diatas sumbangan beliau selama 6 bulan berkhidmat bersama The Reds. Harap beliau dapat mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Good luck and god speed RH. Say Hai to King Kenny. Our Beloved Legend!! YNWA!!

Kenny Dalglish a.k.a King Kenny (former Celtic & Liverpool)

Friday, January 7, 2011
Asking Alexendria, May ini !!!

Okay mungkin 2011 ni permulaan yang bagus bagi scene muzik kat Malaysia ni. Aku akui sejak 2 tahun kebelakangan ni negara kita banyak dibanjiri artis2 luar terutama band2 muzik keras yang begitu mencipata nama diluar negara dan sekali gus kita disini menerima tempiasnya. (dan aku tak maksudkan artis2 seperti usher,my chemical romance,mariah carey, akon etc yang pernah membuat persembahan di Malaysia). Yang aku maksud kan seperti band2 berpengaruh seperti comeback kid,nofx,first blood,siksa kubur,parkway drive,misery signal,russian circle, mono dan banyak lagi yang datang ke Malaysia bagi membuat persembahan dengan membawakan pelbagai variasi dari segi genre masing.
Untuk tahun 2011 ini kita mulanya digemparkan dengan kedatangan Carnifex,band Deathcore dari US, tak lama selepas itu kita digembar gemburkan pula dengan kedatangan Miss May I, Deftones, Secohand Serenade dan ini yang terbaru Asking Alexendria yang aku rasa menjadi fenomena bagi segelintir pendengar2 baru muzik keras bergelar metalcore ini. Berbekal kan muka yang jambu suci dan murni, rambut yang disikat ke tepi sehingga menutup sebelah mata, suar ketat dan baju V neck cukup membuatkan mereka digilai bukan saja bagi budak-budak perempuan malah budak2 lelaki juga turut menggilai mereka. Dari segi muzik pula boleh la dikatakan seperti tipikal metolcore yang lain cuma AA ditambah dengan dos electric sedikit menjadikan muziknya lain sedikit dari band2 yang sedia ada. Mungkin mat-mat or minah-minah clubbing juga akan tertarik bila mendengar lagu2 yang didendangkan oleh AA ini. ;)
Okay pada yang minat pada band ni boleh la nantikan update dari pihak organizer. Gig ini akan berlangsung kat One Cafe, Jalan TAR, KL pada bulan May nanti. Honestly aku tak berapa minat dengan band ni tapi kalau ada yang nak bagi tiket free InsyaAllah la aku pi. Haha..
p/s: masih mengharapkan ABR & Whitechapel datang men kat Malaysia. -_-"
Thursday, January 6, 2011
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
Aku sekarang dalam usaha nak menambah koleksi kit2 skuad kebangsaan kita. Jadi pada siapa2 yang nk lego jersi2 dibawah sila inform kan pada saya ye. Kalau dapat yang tahun 80-an ke 90-an punya kit lagi bagus. Boleh aku hadiahkan kat ayah aku. ;)

Kit Home pasukan kebangsaan 2007/2008. (Hairuddin Omae a.k.a Hai-O)
Kit Home pasukan kebangsaan 2008/2009. Tertera pada gambar Muhamad Muslim Ahmad defender merangkap kapten Harimau Muda A.

Ni plak kit Away skuad kebangsaa kita tahun 2008/2009. (Yg ni aku dah ade..hehe)
-TANAH TUMPAHNYA DARAHKU-
Sunday, January 2, 2011
Farah Nadirah Rosman
Walaupun kita dah pilih jalan yang berbeza sekarang tapi kita tetap dalam landasan yang sama. Dah 5 tahun kita berjalan bersama tempuh macam2 dugaan tapi mungkin tuhan dah tentukan ini bukan jalan kita. Mungkin jugak Dia punya perancangan lain untuk kita. Saya doakan biarlah ia yang terbaik tuk awak & tuk saya. Biar jauh mana pun kita saya tetap akan ada untuk awak. Kita kawan sampai mati. And always remember that You'll Never Walk Alone!!! *senyum :)
ABR to South East Asia Tour?
Lepas yang tu,yang ini pulak datang..
Laptop aku duk asik buat hal la pulak semenjak dua menjak ni. Hari tu baru format sekarang skrin plak meragam tak nak kua gambar. Merajuk ke apa ke aku tak tau la. Dah anta p klinik tapi kena tahan wad. InsyaAllah Jumaat ni siap. Banyak kerja aku tak leh jalan bila kau tak dak wahai Asus. Cepat2 la sihat. Khidmat kau amat aku perlukan. Pasni kalau kau meragam lagi memang aku carik lain, aku tak kira. Aku tau kita dah lama bersama dan banyak jasa kau pada aku tapi tak tahan jugak aku duk asik kena tanggung bil perubatan kau. Come on la,fit balik cam dulu..!!! :)
Dua Kosong Satu Satu
Selamat datang 2011. Pertamanya syukur pada Allah S.W.T sebab sampai skrg aku diberi keizinan tuk masih lagi bernafas. Aku tinggal kan 2010 dengan pelbagai cerita suka dan duka. Macam perkara yg jadi kat aku sepanjang tahun lepas. Ada sukanya, & ada jugak dukanya. Aku anggap ni lumrah kehidupan yang mungkin satu masa nanti boleh aku jadikan pengajaran yg berguna dan mematangkan aku dalam membuat pilihan. Kini aku melangkah ke tahun baru 2011. Berbeza macam kebanyakan orang yg suka ber'azam' tuk tahun baru,aku rasa tak perlu tuk aku perbaharui azam aku yg pasti tak kan penah terlaksana. Jadi aku cuma jalani kehidupan macam biasa cuma aku punya beberapa target yg aku rasa aku nk capai tahun ni. InsyaAllah aku doa2 target2 aku ni tercapai. Amin.. Akhir kata pada kawan2 yg baca entry ni aku ucapkan Selamat Menjejakkan kaki ke Tahun 2011. Sama2 la kita tingkatkan yg mana kurang & berhijrah demi kebaikan. :)
Wednesday, December 29, 2010
Piala Suzuki AFF 2010 - Harimau Malaya Lantang Mengaum di Bumi Indonesia!!

Bermula dengan kekalahan 1-5 ditangan Sang Garuda pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Pasukan kesayangan kita semua bangkit dan makin menunjukkan kematangan dalam setiap perlawanan yg dihadapi. Mengikat Si Gajah Putih 0-0 menunjuk kan sinar bg skuad negara tuk terus maju dan pada perlawanan ke-3 kita membenam Laos 5-1 yang menyaksikan Harimau kini mengaum garang untuk ke semi final bertemu Vietnam,juara Piala Suzuki AFF tahun 2008. Perlawan pusingan pertama yang berlangsung di stadium keramat Bukit Jalil menyaksikan kita sekali lagi menang ke atas Vietnam dengan 2 gol jaringan peledak berbisa negara Safee Sali & apabila kita berkunjung ke Hanoi bg pusingan ke-2 kita berjaya mempertahankan agregat 2-0 sehingga ke tiupan penamat.
Seluruh negara gembira dengan kejayaan Skuad Harimau negara yg melangkah ke pusingan final bg bertemu Indonesia yg pernak menewaskan kita pd perlawanan pertama. Kini masanya kita menebus maruah sukan bola sepak negara yg dulu dijulang tinggi disaat era kegemilangan negara. Di barisi pemain-pemain muda yg rata2 nya berumur 23 kebawah skuad pimpinan King Raja ataupun K.Rajagopal menidakkan peluang Indonesia untuk menjulang piala ini buat kali pertama. Bersaksikan 75,000 penyokong negara dan 15,000 penyokong Indonesia, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi kebangkitan Harimau Malaya apabila kita membenam Indonesia 3-0 hasil jaringan cantik 2 gol dari Safee Sali dan 1 gol dari pemain tengah negara Ashaari.
Tamat pusingan pertama ini Malaysia di 'ganyang' oleh penyokong2 fanatik Indonesia dari segenap sudut. Bagaikan tidak dapat menerima kekalahan tim nas kesayangan mereka yg longlai tersungkur di bumi Malaysia ini kita dihembur dengan kata2 kesat dari meraka. Namun pada pusingan ke-2 perlawan akhir yg berlangsung di stadium keramat meraka iaitu di Gelora Bung Karno, skuad kesayangan negara berjaya melakar sejarah ulung. Turun dengan jersi 'tuah' negara iaitu jersi biru dipadankan denga seluar hitam skuad negara yg dipimpin Safiq Rahim terus berjuang. Walaupun tewas dengan jaringan 2-1 namun ia tidak dapat mampu menyekat Malaysia dari menjulang Piala Suzuki AFF 2010 yang sah menjadi milik Malaysia dengan agregat 4-2. Gol tunggal negara dijaringkan oleh penyerang berbisa negara Safee Sali melalui rembtan derasnya mengalahkan Markus/Ipin penjaga gawang Indonesia. Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaaan ini dan kami mendoakan skuad negara akan terus maju kehadapan. Mana tau kita mampu ke pusingan kelayakan Piala Dunia. Kita Boleh,Malaysia Boleh!!! Optimis.. Walk On!! :)

TAHNIAH KAMI UCAPKAN. TERUSKAN PERJUANGAN MU!! MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

PELEDAK BERBISA DI ASIA TENGGARA. SAFEE SALI, MALAYSIA NO.10 !!!
Teruskan sokongan padu kita kepada skuad Kebangsaan Negara. Malaysia is always in my heart. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!!!
Saturday, December 18, 2010
Tuesday, December 7, 2010
American's Most Haunted Vs Contagion (2010)
Ok, dah lama rasanya aku tak review album2 baru skrg sebab aku rasa tak da mood. So arini tiba2 rajin nak menulis pasal 2 album yg aku baru je dengar ni iaitu America's Most Haunted from King Conquer & Contagion from Oceano. Dua2 album ni kuar pada tahun ni iaitu 2010. Cuma aku rasa aku agk terlewat tuk me'review'nya.Oceano & King Conquer ni antara favorite Deathcore band aku sbb album dorg sebelum ni tak mengecewakan. Oceano kuar ngn 1st debut dorg iaitu Depths. Depths pada aku satu masterpiece muzik berat yg berjaya walaupun ramai yg samakan dorg ni ngn Whitechapel. King Conquer plak sebelum ni kuar ngn 1st EP dorg iaitu Decomposing Normality. 1st time dgr material dorg ni aku dh start jatuh ati la bak kate org. So bila dgr dorg nk kuar ngn 1st studio album aku rasa amt2 teruja & penantian aku ni berbaloi bler dh dgr full track yg ada dlm album AMH ni. Mmg tak mengecewakan sebabnya aku tak puas2 nk dgr lagi dan lagi..antara track wajib dengar mcm No Regret, Wasted Potential, America's Most Haunted, 6 Gallon Gasoline Stomach, etc.Flow lagu yg tersusun, melodi nya berubah n kekadang ada part2 yg catchy, breakdown yg mantop and vokal yg 'macam' Phil Bozeman.hehehe..Berbeza ngn Contagion aku rasa membosankan. Muzik yg terlalu straight forward. Tak byk beza ngn album Depths sebelum ni yg aku rasa much more better. Terlalu byk breakdown sampai muak and takde part2 yg menarik. Cuma pujian pd vokal yg mantap & padu. Track pilihan tuk Contagion: Weaponized, Precursor To Enslavement, etc.
Aku tak berapa suka ngn vokal King Conquer ni sbb aku rasa dia mcm nk jd Phil Bozeman wannabe & sampai kadang2 aku terasa vokal dia bunyi mcm fake. Bler tgk live lain macam plk.hehehe.. So ni cuma pandangan aku. Aku tak arif bab2 muzik ni cuma aku komen apa yg aku dgr. Act dua2 album ni mmg worth tuk di dengar. Tp bg aku aku lbh prefer America's Most Haunted dr Contagion.. So pe tunggu lg p dgr cepat. Salam.. ;)
Friday, December 3, 2010
Downfall Of Us All !!!
Wednesday, December 1, 2010
Tuesday, November 30, 2010
I Don't Give A F##k !!!
Aku ade post entry sebelum ni and bler aku baca balik aku rasa apa yang aku cuba nak sampaikan tu macam tak bapa sesuai tuk tatapan umum. So I'm back with this. Aku cuma nak ingatkan pada sapa2 yang sibuk2 nak stalk aku dengan niat nak menyusahkan hidup aku so aku rasa elok lah korg brenti buat benda2 camtu. Tak perlu rasanya nak tunjuk kan kebodohan diri sendiri kat org lain. Aku tgk pun tergelak. Aku mintak dgn cara elok. Aku tak nak kacau hidup orang,aku tak nak musuh ngn sapa2. Ada tak puas ati mai cakap depan2. Tak payah nak bruk2 kn aku kat org lain. Harap hampa phm la noh ckp melayu ni. Salam..
Monday, November 29, 2010
Subject To Change..
Sunday, November 28, 2010
Saturday, November 27, 2010
Hockey..
Hmm..mesti ada yang hairan tiba2 aku review pasal sukan hoki ni kan. Selain berbangga ngn pencapaian skuad negara aku tiba2 rasa minat ngn sukan ni. Sebenarnya time kecik2 dulu kazen2 aku pun men gk sukan ni. So selalu aku duk libas stick hoki tu lam umah.hahaha.. Tapi maybe hajat tak kesampaian nk main. Memandangkan sukan ni tak bapa famous, tmbah2 lagi kat tmpat aku mmg sukan ni tak hidup lgsung. So aku harap blh join sukan ni satu masa nnt. Men tuk unikl pun jd la..haha. (waa,hajat tinggi gler kan..hehe). Tu je yg aku nak update.. :)
Thursday, November 25, 2010
Puisi Sepi
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku.."
Sepi..itu yang aku rasakan. Memang alam tampak kelam sekarang. Tanpa cahaya, tanpa pedoman. Beri aku kekuatan, beri aku ketenangan untuk aku hadapi semua ini Tuhan.
For Real?? Miss May I Live In Kuala Lumpur
p/s: Please bring Whitechapel plak weh..plzzzz!!!! ;D
Subscribe to:
Comments (Atom)





